Monday, January 16, 2012

Sifat perempuan yang lelaki tak suka

Biasanya perempuan ni tak penah nak ambik tahu ape yang lelaki tak suka and apa yang lelaki suka kita buat..
Ni ada 5 tips yang boleh diambil untuk membuatkan si dia lebih sayang kan korang ^_^ *cewahhhh*

1. Meminta-minta

Sifat wanita yang terlalu meminta-minta membuat kan lelaki kadang-kadang rimas. Kadang2 kalau korang perasan bila korang start mintak2..Dia akan biarkan je benda tu berlalu..kalau betul2 nak tu pandai2 la kan..Bahasa tubuh tu memainkan peranan yang penting..hahaha~ so paham2 la kan..

2. Tiada aktiviti yang seronok
Si dia suka melakukan sesuatu aktiviti yang baru..So si dia lagi suka kalau korang sokong je aktiviti yang si dia minat..Jangan asyik nak merungut..So bila keluar dating tu buat la sesuatu aktiviti yang best takda la asyik tengok wayang je kan..Memang la busan!

3. Tiada sifat ingin berubah
Tidak dinafikan lelaki suka jika korang ikot telunjuk dia dan dia akan cuba ubah korang jadi macam acuan yang dia nak..Tak salah kalau kita just ikut apa yang di mahukan selagi benda tu releven..So bertolak ansur la kan..

4. Berulang-ulang
Lelaki tak suka kalau korang buat benda yang sama berulang2 kali..Contohnya kesilapan yang korang buat..Sekali dua maybe boleh tolerate lagi, takut nanti lama2 dia busan sebab korang asyik buat kesalahan yang sama..Lagi satu, hadiah yang korang bagi kat dia..Jangan la asyik bagi hadiah yang sama je..Dah takde modal ke nak bagi benda baru?

5. Bersikap dingin
Lelaki biasa lebih panas baran berbnading perempuan..tapi tak dinafikan perempuan pun kadang2 berangin jugak..Jangan la asyik melepaskan kemarahan pada lelaki tak tentu pasal..Silap2 dia boleh busan dengan perangai korang..


So semua tips ni harap dapat mengeratkan lagi hubungan korang dengan si dia..So berusaha la!!!
Sharing is caring* weeeeeeeeee*

2 comments:

Anonymous said...

Pandainyeeeerrrr........

sh3da+{naiv3} said...

ehem..pengalaman mengajar kita..cewahhhh :P