Tuesday, February 7, 2012

Dahulu dan sekarang...

Ada banyak perbezaan di antara zaman dahulu dan sekarang..
Tak kisah la dari segi pemakaian, tingkah laku ataupun pemakanan.
Kat sini aku nak cerita tetang perbezaan dari segi orang2 yang sudah berkahwin. Dahulu dan sekarang..

Kalau dulu malu nak bangun lambat2 kalau ada family datang rumah..
Tapi sekarang tak kisah la ada kat rumah mertua ke rumah sendiri ke selagi tak tengahari, selagi tu tak nak bangun..Nak kisah ape kan..? Asalkan puas tido..

Kalau dulu bangun2 tido je terus mandi and siapkan breakfast untuk family yang datang rumah..
Tapi sekarang cmne nak buat breakfast kalau diri sendiri pun bangun lambat kan..Mak jugak la yang akan buatkan breakfast untuk anak2..

Kalau dulu malu nak cerita tentang hal bilik tidur..
Tapi sekarang kurang sikit malu tu..Cerita je selagi termampu..Yela sharing is caring.. ^^ Tapi kadang2 just nak cerita untuk pengetahuan..Tak salah kan..???

Kalau dulu bila suami balik dari kerja si isteri sambut si suami baik2..Isteri buatkan air dan dah siapkan makan malam untuk suami..
Tapi sekarang suami balik kerja siap dah beli makanan kat kedai..Isteri just hidangkan je (tapi untungla kalau si isteri hidangkan kalau tak, si suami je la yang kena layan diri)
Yela kan sekarang isteri sibuk bkerja..Wanita bekerjaya la katakan..


Semua perubahan yang berlaku ni disebabkan oleh peredaran zaman. Zaman memang akan berubah menjadi lebih maju tapi tak semestinya kita juga kena berubah. Tak salah untuk berubah, tapi kita juga tak harus lupa tanggungjawab dan adat resam kita sebagai seorang melayu dan islam.. ^^

Saturday, February 4, 2012

Dewasa or kanak-kanak???

Baru2 ni aku ada terbaca satu buku..Terbitan Karangkraf
Buku tu bertajuk 'Jadi Cool + Positif'..
So antara benda yang menarik yang aku rasa teringin untuk share dengan korang..
Korang rase korang ni dah cukup dewasa or masih ada lagi sifat kanak2 dalam diri korang..
Check it out!

Kamu keanak-anakkan KALAU....

PERTAMA
Berpakaian mengikut apa yang disukai dan adakalanya tidak sesuai untuk majlis.

KEDUA
Setiap kali kamu membawa kereta kamu akan membuka radio sekuat hati sehingga orang di pinggir jalan pun boleh dengar.

KETIGA
Menghabiskan kesemua wang saku atau gaji untuk dapatkan apa yang kamu mahu. kamu tidak peduli bila tengah bulan terpaksa berhutang.

KEEMPAT
Emosi tidak stabil dan mudah marah. Ketika memandu pantang ada kenderaan yang memotong kamu terus menurunkan tingkap dan meneriak kata-kata kotor.

KELIMA
Menekan minyak kuat-kuat sehingga kereta bunyi meraung-raung dan suka melanggar lampu merah. Biasalah cari perhatian...

KEENAM
Terasa diri sangat hebat dan tidak ada kekurangan langsung.

KETUJUH
Tidak mampu melupakan bayangan silam masa lalu dan takut untuk menghadapi masa depan.

KELAPAN
Kamu hanya mahu orang lain terus menerus memahami kamu dan kamu sendiri tidak pernah cuba memahami orang lain.

KESEMBILAN
Mengganggap selagi ada 'perfume' di dunia ini tidak mandi tiga hari sah-sah akan dilakukan.

KESEPULUH
Menjadikan arak, ganja atau benda2 yang tidak elok untuk meredakan tekanan.

KESEBELAS
Sering bersikap cemburu dan tidak tentu arah. Jangan ada yang lebih bijak dari kamu pasti akan jadi musuh.

KEDUA BELAS
Anti diprotes. Hanya kamu saja dirasakan benar. Oleh itu jangan ada yang cuba-cuba bangkang apa yang kamu cadangkan. Kalau diprotes juga kamu akan mengamuk bagaikan angin puting beliung.

KETIGA BELAS
Apabila berhadapan dengan masalah selalu memilih jalan yang singkat tanpa yang memikirkan akibat yang akan ditanggung.

KEEMPAT BELAS
Masih malu-malu untuk berhadapan dengan orang dan tidak yakin bila bercakap.

KELIMA BELAS
Setiasa fikir untuk berseronok sahaja dan tidak pernah fikirkan masa depan.


So korang rasa macam mana..?? Cukup dewasa ke korang or stil keanak-anakan..
Mesti ada jugak ciri-ciri kat atas dalam diri korang kan..
Xyah la nak sorok..hihihi~
Next entri 'Kamu dewasa KALAU'.... akan menyusul
Harap bersabar ^^

'Thanx to Grup Buku Karangkraf for the info'..

Monday, January 30, 2012

Annoying

Korang suka tak kalau ada yang buat2 baik dengan kita bersebab..???
Kadang2 kita tolong ikhlas tapi bila dapat tau yang dia just nak amik kesempatan kat kita benda yang ikhlas boleh jadi tak ikhlas..
Tu benda yang aku paling benci..
Banyak kali dah terkena dengan orang macam ni..
Kita bukan nak kata yang kita ni baik sgt tapi apa yang 'dieorang' buat tu memang tak patut..
So kena la ingat " What goes around comes around".."What you give your get back"
Sebelum kita buat macam tu kat orang kena fikir jugak satu hari nanti benda tu pasti akan jadi kat kita jugak..
Hukum karma..
Kadang2 balasan yang kita dapat berganda dengan apa yang kita buat..
Friends dear..
Kalau tak nak benda tu jadi kat kita..Kita jangan buat kat orang ye..
Peace yo! ^^

Wednesday, January 25, 2012

Patut tak?


Semalam aku ada singgah satu surau dekat area Shah alam. Then terpandang 1 sign kat dinding surau tu. Hmm~ aku rase tak patut dia buat sign macam tu. Try pandang dari sudut positive, let say kalau la perempuan tu memang takda langsung tempat nak tidur malam tu. Takkan tak boleh nak tidur surau. Bukan saja2 kan. Ni kalau keadaan dah terdesak. Lagi bahaya kalau dia berlegar2 area situ. Kalau budak tu muda lagi or remaja boleh la lepak kfc or piza. Tapi cuba kalau makcik2 or warga emas. Takkan nak suruh melepak sampai tengah2 malam. So pikir logik la kan. Memang la kalau kita pandang dari sudut negatif, takut la kalau2 dia buat maksiat. Tapi berani ke nak buat maksiat kat rumah ALLAH. Even kalau dia berani pon, jangan risau mesti dapat balasan jugakkan. Kalau ikut zaman Rasulullah dulu pun, surau bukan je tempat solat. Macam2 aktiviti boleh dibuat di surau. Kalau keadaan darurat macam tu, aku rasa boleh je nak jadikan surau tempat berlindung. Sebab tempat tu je yang paling selamat. So bagi aku surau tak patut di kunci. Tak kisah la bagi lelaki ke perempuan. Benda jahat yang dia nak buat kat situ, tu antara dia dengan ALLAH. So kita tak payah nak risau. Betol x..???

Saturday, January 21, 2012

Pelik dan unik



Tengok je gamba ni dah boleh agak kan kat mana tempat ni..
Ishhh..bahaya betul..
Macam mana la pihak kerajaan negara ni tak amik apa2 tindakan..
Pelik2..
Hopefully situasi ni tak berlaku kat negara kita..

Monday, January 16, 2012

Sifat perempuan yang lelaki tak suka

Biasanya perempuan ni tak penah nak ambik tahu ape yang lelaki tak suka and apa yang lelaki suka kita buat..
Ni ada 5 tips yang boleh diambil untuk membuatkan si dia lebih sayang kan korang ^_^ *cewahhhh*

1. Meminta-minta

Sifat wanita yang terlalu meminta-minta membuat kan lelaki kadang-kadang rimas. Kadang2 kalau korang perasan bila korang start mintak2..Dia akan biarkan je benda tu berlalu..kalau betul2 nak tu pandai2 la kan..Bahasa tubuh tu memainkan peranan yang penting..hahaha~ so paham2 la kan..

2. Tiada aktiviti yang seronok
Si dia suka melakukan sesuatu aktiviti yang baru..So si dia lagi suka kalau korang sokong je aktiviti yang si dia minat..Jangan asyik nak merungut..So bila keluar dating tu buat la sesuatu aktiviti yang best takda la asyik tengok wayang je kan..Memang la busan!

3. Tiada sifat ingin berubah
Tidak dinafikan lelaki suka jika korang ikot telunjuk dia dan dia akan cuba ubah korang jadi macam acuan yang dia nak..Tak salah kalau kita just ikut apa yang di mahukan selagi benda tu releven..So bertolak ansur la kan..

4. Berulang-ulang
Lelaki tak suka kalau korang buat benda yang sama berulang2 kali..Contohnya kesilapan yang korang buat..Sekali dua maybe boleh tolerate lagi, takut nanti lama2 dia busan sebab korang asyik buat kesalahan yang sama..Lagi satu, hadiah yang korang bagi kat dia..Jangan la asyik bagi hadiah yang sama je..Dah takde modal ke nak bagi benda baru?

5. Bersikap dingin
Lelaki biasa lebih panas baran berbnading perempuan..tapi tak dinafikan perempuan pun kadang2 berangin jugak..Jangan la asyik melepaskan kemarahan pada lelaki tak tentu pasal..Silap2 dia boleh busan dengan perangai korang..


So semua tips ni harap dapat mengeratkan lagi hubungan korang dengan si dia..So berusaha la!!!
Sharing is caring* weeeeeeeeee*

Enjoy life ^_^

Kenapa bila kita kata kita ni kuat..
Konon2 boleh hadapi semua dugaan..
Boleh lupa semua kenangan yang dah lepas..
Tapi hakikatnya tak mudah untuk itu..
Bila ternampak orang yang penah jadi kenangan kita dulu dengan orang lain..
Ada rase sumthing yang tak best..
Entah la..
Rase macam dah lupa sepenuhnya..
Tapi bila dapat tahu benda macam ni..
**Errrkk** Sentap
Bila tanya balik hati ni..
"Sayang lagi ke?"
"Rasa macam tak"
"Kenapa perlu rasa sedih bila nampak dia dengan org len"
"Tak tahu la.."
Kadang2 kita pon tak paham dengan perasaan kita kan..
Konpius!!!
Tapi kita kena ingat ape yang berlaku semua ada hikmah..
Tuhan Yang Maha Mengetahui tiap sesuatu..
So ape2 pon life must go on..
Yang penting kita ENJOYYYYY!!!!! :D