Saturday, February 4, 2012

Dewasa or kanak-kanak???

Baru2 ni aku ada terbaca satu buku..Terbitan Karangkraf
Buku tu bertajuk 'Jadi Cool + Positif'..
So antara benda yang menarik yang aku rasa teringin untuk share dengan korang..
Korang rase korang ni dah cukup dewasa or masih ada lagi sifat kanak2 dalam diri korang..
Check it out!

Kamu keanak-anakkan KALAU....

PERTAMA
Berpakaian mengikut apa yang disukai dan adakalanya tidak sesuai untuk majlis.

KEDUA
Setiap kali kamu membawa kereta kamu akan membuka radio sekuat hati sehingga orang di pinggir jalan pun boleh dengar.

KETIGA
Menghabiskan kesemua wang saku atau gaji untuk dapatkan apa yang kamu mahu. kamu tidak peduli bila tengah bulan terpaksa berhutang.

KEEMPAT
Emosi tidak stabil dan mudah marah. Ketika memandu pantang ada kenderaan yang memotong kamu terus menurunkan tingkap dan meneriak kata-kata kotor.

KELIMA
Menekan minyak kuat-kuat sehingga kereta bunyi meraung-raung dan suka melanggar lampu merah. Biasalah cari perhatian...

KEENAM
Terasa diri sangat hebat dan tidak ada kekurangan langsung.

KETUJUH
Tidak mampu melupakan bayangan silam masa lalu dan takut untuk menghadapi masa depan.

KELAPAN
Kamu hanya mahu orang lain terus menerus memahami kamu dan kamu sendiri tidak pernah cuba memahami orang lain.

KESEMBILAN
Mengganggap selagi ada 'perfume' di dunia ini tidak mandi tiga hari sah-sah akan dilakukan.

KESEPULUH
Menjadikan arak, ganja atau benda2 yang tidak elok untuk meredakan tekanan.

KESEBELAS
Sering bersikap cemburu dan tidak tentu arah. Jangan ada yang lebih bijak dari kamu pasti akan jadi musuh.

KEDUA BELAS
Anti diprotes. Hanya kamu saja dirasakan benar. Oleh itu jangan ada yang cuba-cuba bangkang apa yang kamu cadangkan. Kalau diprotes juga kamu akan mengamuk bagaikan angin puting beliung.

KETIGA BELAS
Apabila berhadapan dengan masalah selalu memilih jalan yang singkat tanpa yang memikirkan akibat yang akan ditanggung.

KEEMPAT BELAS
Masih malu-malu untuk berhadapan dengan orang dan tidak yakin bila bercakap.

KELIMA BELAS
Setiasa fikir untuk berseronok sahaja dan tidak pernah fikirkan masa depan.


So korang rasa macam mana..?? Cukup dewasa ke korang or stil keanak-anakan..
Mesti ada jugak ciri-ciri kat atas dalam diri korang kan..
Xyah la nak sorok..hihihi~
Next entri 'Kamu dewasa KALAU'.... akan menyusul
Harap bersabar ^^

'Thanx to Grup Buku Karangkraf for the info'..

2 comments:

anie said...

info menarik

shah said...

kunjungan beri support