Tuesday, February 7, 2012

Dahulu dan sekarang...

Ada banyak perbezaan di antara zaman dahulu dan sekarang..
Tak kisah la dari segi pemakaian, tingkah laku ataupun pemakanan.
Kat sini aku nak cerita tetang perbezaan dari segi orang2 yang sudah berkahwin. Dahulu dan sekarang..

Kalau dulu malu nak bangun lambat2 kalau ada family datang rumah..
Tapi sekarang tak kisah la ada kat rumah mertua ke rumah sendiri ke selagi tak tengahari, selagi tu tak nak bangun..Nak kisah ape kan..? Asalkan puas tido..

Kalau dulu bangun2 tido je terus mandi and siapkan breakfast untuk family yang datang rumah..
Tapi sekarang cmne nak buat breakfast kalau diri sendiri pun bangun lambat kan..Mak jugak la yang akan buatkan breakfast untuk anak2..

Kalau dulu malu nak cerita tentang hal bilik tidur..
Tapi sekarang kurang sikit malu tu..Cerita je selagi termampu..Yela sharing is caring.. ^^ Tapi kadang2 just nak cerita untuk pengetahuan..Tak salah kan..???

Kalau dulu bila suami balik dari kerja si isteri sambut si suami baik2..Isteri buatkan air dan dah siapkan makan malam untuk suami..
Tapi sekarang suami balik kerja siap dah beli makanan kat kedai..Isteri just hidangkan je (tapi untungla kalau si isteri hidangkan kalau tak, si suami je la yang kena layan diri)
Yela kan sekarang isteri sibuk bkerja..Wanita bekerjaya la katakan..


Semua perubahan yang berlaku ni disebabkan oleh peredaran zaman. Zaman memang akan berubah menjadi lebih maju tapi tak semestinya kita juga kena berubah. Tak salah untuk berubah, tapi kita juga tak harus lupa tanggungjawab dan adat resam kita sebagai seorang melayu dan islam.. ^^

Saturday, February 4, 2012

Dewasa or kanak-kanak???

Baru2 ni aku ada terbaca satu buku..Terbitan Karangkraf
Buku tu bertajuk 'Jadi Cool + Positif'..
So antara benda yang menarik yang aku rasa teringin untuk share dengan korang..
Korang rase korang ni dah cukup dewasa or masih ada lagi sifat kanak2 dalam diri korang..
Check it out!

Kamu keanak-anakkan KALAU....

PERTAMA
Berpakaian mengikut apa yang disukai dan adakalanya tidak sesuai untuk majlis.

KEDUA
Setiap kali kamu membawa kereta kamu akan membuka radio sekuat hati sehingga orang di pinggir jalan pun boleh dengar.

KETIGA
Menghabiskan kesemua wang saku atau gaji untuk dapatkan apa yang kamu mahu. kamu tidak peduli bila tengah bulan terpaksa berhutang.

KEEMPAT
Emosi tidak stabil dan mudah marah. Ketika memandu pantang ada kenderaan yang memotong kamu terus menurunkan tingkap dan meneriak kata-kata kotor.

KELIMA
Menekan minyak kuat-kuat sehingga kereta bunyi meraung-raung dan suka melanggar lampu merah. Biasalah cari perhatian...

KEENAM
Terasa diri sangat hebat dan tidak ada kekurangan langsung.

KETUJUH
Tidak mampu melupakan bayangan silam masa lalu dan takut untuk menghadapi masa depan.

KELAPAN
Kamu hanya mahu orang lain terus menerus memahami kamu dan kamu sendiri tidak pernah cuba memahami orang lain.

KESEMBILAN
Mengganggap selagi ada 'perfume' di dunia ini tidak mandi tiga hari sah-sah akan dilakukan.

KESEPULUH
Menjadikan arak, ganja atau benda2 yang tidak elok untuk meredakan tekanan.

KESEBELAS
Sering bersikap cemburu dan tidak tentu arah. Jangan ada yang lebih bijak dari kamu pasti akan jadi musuh.

KEDUA BELAS
Anti diprotes. Hanya kamu saja dirasakan benar. Oleh itu jangan ada yang cuba-cuba bangkang apa yang kamu cadangkan. Kalau diprotes juga kamu akan mengamuk bagaikan angin puting beliung.

KETIGA BELAS
Apabila berhadapan dengan masalah selalu memilih jalan yang singkat tanpa yang memikirkan akibat yang akan ditanggung.

KEEMPAT BELAS
Masih malu-malu untuk berhadapan dengan orang dan tidak yakin bila bercakap.

KELIMA BELAS
Setiasa fikir untuk berseronok sahaja dan tidak pernah fikirkan masa depan.


So korang rasa macam mana..?? Cukup dewasa ke korang or stil keanak-anakan..
Mesti ada jugak ciri-ciri kat atas dalam diri korang kan..
Xyah la nak sorok..hihihi~
Next entri 'Kamu dewasa KALAU'.... akan menyusul
Harap bersabar ^^

'Thanx to Grup Buku Karangkraf for the info'..